LATAR BELAKANG
Sultan Mahmud Shah II keturunan sultan Melaka ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi"
SIKAP SULTAN MAHMUD
Suka membunuh orang sesuka hati
v Kisah pembunuhan Dang Anum
v Pernah menembak seseorang menggunakan pistol untuk melihat sedalam mana peluru itu dapat menembusi daging
Telah melampaui batas
v Suka berfoya-foya
v Memaksa isteri orang kaya tidur dengan baginda dan memperlakukan mereka sesuka hati baginda
KESAN KEMATIAN SULTAN MAHMUD DIMANGKAT JULANG
Bermula destinasi baru
ü Bendahara Tun Abdul Jalil telah diistiharkan menjadi sultan pada 3 september 1699 dengan gelara Sultan Abdul Jalil Riayat Syah
ü Dengan perlantikan ini,bermulanya keturunan Bendahara sebagai pemerintah Johor
Pemberontakan Orang Laut
ü Tidak mahu terima pemerintahan baru yang berketurunan Bendahara
ü Anggap keturunan bendahara tidak martabat
ü Mereka juga dikatakan telah membuat pakatan untuk menyerang Johor
ANALISI
Punca utama pembunuhan Sultan Mahmud adalah kerana sikapnya sendiri
· Sebagai seorang pemerintah sepatutnya baginda lebih bersikap rasional dan berfikir sebelum bertindak
· Pembunuhan Dang Anum telah menimbulkan rasa marah rakyat sehingga mendorong pegawai-pegawainya sendiri berkomplot untuk menjatuhkan baginda
· Perbuatan membunuh raja dianggap sangat keji kerana dalam tradisi Melayu masyarakat haruslah memberi taat setia kepada rajanya walaupun pemerintah tersebut zalim
· Walaubagaimanapun peristiwa pembunuhan ini boleh dijadikan tauladan kepada pemerintah dan rakyat
· Ekonomi dan politik Johor turut terjejas kesan daripada peristiwa ini
MAKAM SULTAN MAHMUD
Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini.

No comments:
Post a Comment